Friday, 22 January 2016

Ulasan Santai Tentang Gejala Militan di Malaysia

Assalamualaikum wbt buat para pembaca yang budiman..

Sekian lama Fahmi tidak berbicara di sini. Almaklumlah, sibuk dengan macam-macam perkara semasa semester lepas, semester pertamaku di UIAM Gombak, sebagai pelajar Materials Engineering, dengan grading karate dan juga perlawanan karate Interdojo ShitoRyu lagi. Di akhir semester, dilantik pula sebagai Ahli Jawatkuasa Mahallah Uthman dalam biro Education and Training, datang interview terus dapat, huhu. Hari ni aku nak bercerita sikit pasal 'kegiatan militan' di Malaysia, ada lah buat kajian sikit tentang isu ini sebelum ini.

Baru-baru ni heboh tentang pelajar UIA yg kena tahan sebab bawa 'bom', seorang lelaki kena tahan dekat stesen LRT, disyaki nak melancarkan serangan dan juga tiga yg dibawa pulang dari Turki, ditahan semasa nak masuk ke Syria, termasuk sepasang suami isteri.. Wow ada gegirl yg nak jadi 'gunslinger', tak menahan tu.. Kalau betul ok lagi tu, silap-silap kalau nasib malang jadi hamba abdi dgn sexual slave je.. Haihhh...

Gambar ihsan FB Buletin TV3

Baru-baru ni aku terdengar kat TV (ye, aku tengok TV), huraian oleh ketua Bahagian Counter Terrorism Cawang Khas PDRM, SAC Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay.. Ni mesti orang atasan atuk aku ni haa, datuk aku dulu seorang polis bahagian Cawangan Khas aka Special Branch (SB) juga, pangkat terakhir sebagai Sub-Inspektor. Bahagian ni memang popular, lebih-lebih lagi bila melibatkan ahli politik, mcm2 lah orang mengata masa tu.. Pegawai-pegawai polis Cawangan Khas ni mereka bergaul macam orang biasa je, tiada uniform, tiada protokol pun. Orang politik, ahli perniagaan, ilmuwan, alim ulama', artis, pegawai kerajaan dan lain-lain, pendek kata, semua orang mereka gauli. Mata-mata mereka yang tajam sentiasa memerhatikan dan mengumpul maklumat. Jaga-jaga, jangan ingat kami tak tahu apa-apa, hahahaha..


Datuk Ayub Khan (Gambar ihsan Berita Harian)

Datuk Ayub menghuraikan banyak perkara tentang militan, yg sekarang ni popular adalah Daesh dan IS (aka Islamic State, Islamic sangat lah, huhuhu), dari asal usul kewujudan militan, apa yang telah dilakukan, siapa yang menjadi sasaran rekrut mereka, siapakah yang akan diserang, dan juga langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh PDRM. Sebelum ni antara gerakan yang popular adalah Al-Qaeda, Taliban dan sebagainya, termasuk pengganas Kesultanan Sulu di Sabah. Gerakan militan masing-masing mempunyai asal-usul yang berbeza, ditubuhkan dengan matlamat yang berbeza. Sebagai contoh, Daesh dan Islamic State adalah usaha kononnya untuk menubuhkan Daulah Islamiyyah ataupun Negara Islam melalui perjuangan militan. Kesultanan Sulu pula kononnya memperjuangkan 'kemerdekaan' Sabah serta penyatuan dengan Moro dan Mindanao (kawasan di Selatan Filipina) untuk membentuk 'negara Sulu' yang berdaulat.

Mutakhir ini, ramai rakyat Malaysia yang sudah berada di Syria, Iraq dan lain-lain negara Timur Tengah berjuang bersama puak Daesh dalam mewujudkan 'Negara Islam' di sana. Pada permulaan IS muncul dalam media-media perdana di Iraq dan Syria. Ramai juga rakyat Malaysia menjadi penyokong perjuangan mereka, tak kurang yang telah ke sana pun, khususnya selepas pemansuhan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) pada tahun 2010 hingga pelaksanaan POTA (Prevention Of Terrorism Act) pada awal 2014. Waktu tersebut seakan-akan 'zaman keemasan' bagi mereka yang ingin bersama perjuangan bersenjata di sana.

Rakyat kita, dari yang alim, yang separuh alim separuh jahil dan rakyat yang berhaluan kanan dan kiri yang ekstrem dan berjiwa penentang adalah antara yang menyokong IS ini. Setakat ini aku hanya andaikan segelintir sahajayang tegar dan berani mati je berpegang kepada ideologi berkenaan. Ada yang sekadar terpengaruh sedikit je, yang jenis ini tak perlu diusik sangat, yang perlu diberi perhatian adalah mereka yang bersemangat ingin ke sana serta mempengaruhi orang lain untuk bersama mereka.

Aku perhatikan secara kasar, ramai yang terlibat dalam aktiviti macam ni, bukan dari latar belakang yang beragama sebenarnya.  Mereka ini adalah orang-orang yang dahagakan 'kebenaran dan petunjuk, namun tanpa mengetahui yang mereka telah tersilap langkah. Pada mulanya mereka diajar dengan ajaran Islam yang asas. Namun masalah mula timbul, sedikit demi sedikit dicucuk dengan unsur radikal dan ekstrimisme. Mereka diyakinkan bahawa 'jihad' bersenjata adalah jalan penyelesaian bagi semua masalah ummah kini.  Aku rasa bersimpati dan kasihan sebenarnya pada sebahagian dari mereka yang terlibat ini, menjadi mangsa propaganda pihak-pihak tertentu.

Segelintir dari mereka inilah yang nekad meninggalkan negara ini dalam dakyah mereka memperjuangkan ideologi songsang ini. Selalunya remaja dan belia mcm aku ni lah yang selalu terpengaruh dengan perkara-perkara sebegini, biasalah orang muda, semangat berkobar-kobar, asam garam hidup pun tak merasa lagi. Orang tua cakap, baru nak kenal dunia.

Serangan di Jakarta tempoh hari umumnya diihat sebagai serangan yang kecil dan tidak tersusun oleh pendokong Daesh di sana. Tapi, perkara ni membuktikan, Daesh berjaya menular dalam pemikiran masyarakat Nusantara. Ini memungkinkan serangan yang lebih dahsyat akan berlaku di masa akan datang, tak mustahil boleh berlaku di Malaysia kalau tak dicegah lebih awal. Daesh dan Al-Qaeda berbeza dari segi pendekatan seragan yang digunakan. Daesh lebih kepada ketakutan yang menular kepada orang awam, sedangkan Al-Qaeda sasarannya lebih strategik.

Sebagai kesimpulan, kita semua kena peka dengan isu-isu yang berlaku mutakhir ini. Persiapkan diri dengan ilmu dan amal yang cukup agar kita boleh jaga diri dari anasir-anasir yang songsang. Setiap daripada kita perlu disiapkan dengan ilmu-ilmu asas Islam dan kesedaran tentang erti agama yang sebenar. Siapa-siapa yang memang betul-betul berniat utk berjuang, minta petunjuk dengan Allah, semoga Allah menilai perjuangan anda dan memberi petunjuk-Nya, disamping anda menilai baik dan buruk dengan ilmu dan akal yg Allah kurniakan.. Siapa yang memang dah berada dlm tahanan polis, mahupun ada ahli keluarga yg ditahan, yang sedang dibicarakan di mahkamah, mungkin ini satu ujian dari Allah buat anda semua, jangan risau, Allah sentiasa ada, InsyaAllah masih ada peluang kedua, berdoalah kepadaNya, mintalah agak dipermudahkan segala urusan. Buat kita yg bebas di luar ni, banyak cara untuk kita berjihad, berbakti kepada agama kita, bukan sekadar jihad bersenjata sahaja.. Hukum dunia ni belum tentunya adil, ATM dan PDRM hanya menjalankan amanah mereka..

Terima kasih kepada jaringan perisikan ATM dan PDRM serta agensi lain yang selama ini berjaya menangkap dan mengagalkan semua usaha Daesh di Malaysia ini. Kita tidak mahu suatu hari nanti, adik2 kita yang berusia belasan tahun dan dua puluhan tahun melakukan serangan berani mati di dalam negara ini atau menjadi hamba seks di Negara IS nanti, dan macam2 lagi perkara buruk yang berlaku.. Nauduzubillahimindzalik..